Wednesday 4 June 2008

Destinasi: Halab, Raqah, Latakia

Tanggal 22 Mei 2008, hari Khamis, jam 7pm, aku dan ahli rombongan yg lain telah berangkat ke Raqah, di sebelah utara Syria. Perjalanan memakan masa hampir 10jam dengan menaiki keretapi. Pengalaman menaiki keretapi di tanah Arab memang manis, dengan suasana orang2 Arab yg penuh dlm keretapi dan pemandangan yg indah sgt memberi kesan betapa nikmatnya dpt hidup di bumi Malaysia. Kenangan yg mungkin tak dpt dilupakan semasa berada dlm train, aku diajak bersembang dgn orang Arab, smpai salah seorang dr mereka asyik mengikut aku ke hulu ke hilir, tak taula apa yg dia nak, seram sejuk gak dibuatnya.

Tiba di Raqah pd jam 5.15pagi, hari dh terang, Subuhpun dh hampir melambai2. Di Syria pd musim panas ni waktu Subuh jam 3.40pagi dh masuk, mmg awal, Syurukpun awal. Jam 6pagi mcm 8pagi di Malaysia.

Semasa di Raqah, aku dan rakan2 yg lain sempat menziarahi Maqam Ammar bin Yasir (anak kepada Sumayyah, wanita pertama syahid demi menegakkan kebenaran), maqam Ubay Qarni salah seorang tabiin, kemudian sempat berendam kaki di sungai Furat yg sgt terkenal di Sham (dikatakan sungai ini hulunya bersambung ke syurga, Wallahu a’lam), dan berhenti seketika di bab Baghdad, sebuah binaan yg dibina oleh khalifah Harun ar-Rashid.

Destinasi berikutnya ialah Halab, perjalanan memakan masa selama 2jam dengan menaiki bas. Di Halab (Aleppo dlm bhs Turki), aku dan rakan2 berkesempatan menziarahi maqam Nabi Zakaria, Qal’ah (kubu @ istana) Salahuddin al-Ayyubi, dan melihat kesan tapak kaki Nabi Muhammad SAW di Jami’ Ikrimiyyah.

Pada keesokan harinya iaitu 24 Mei, Jumaat, kami mengambil kesempatan menziarahi Qal’ah Sam’an, seterusnya ke Hama melihat kincir air pertama di dunia yg menggunakan system injap.

Pada 25 Mei, Ahad, kami menziarahi tempat transit kepala Saidina Husin RA, maqam Muhsin bin Husin (anak Saidina Husin), dan melihat kesan tapak kaki Nabi Nuh AS, tempat berkumpul wali 40 serta maqam salah seorang ulama Hanafi di satu tempat yg sama। Sampai di sini shj pengembaraan di utara Syria…

di hadapan qal'ah Salhuddin, Halab..kenangan bersam kanak2 arab riang...ajak sorang berduyun yg datang..diorang ni jgn diajak bergambar..mmg suka sgt bila bergambar..kalo ada kamera tu jgn ditunjuk..kalo tunjuk msti diorang yg minta bergambar..hehe

di Halab-kesan tempat transit kepala saidina Hussin yg dipotong..

Qal'ah Salahuddin, Halab

di Eblid..kesan peninggalan raja2 dahulu

kesan tapak kaki Nabi Muhammad SAW di Jami' Ikrimiyyah, Halab



Sebelum berangkat ke Raqah dan Halab..ni di stesen keratapi Dimasyq..boleh tahan la keretapi kt tanah Arab ni..



maqam Ammar bin Yasir


di sungai Furat...air sungai ni sgt la jernih..


bab baghdad yg dibina oleh Harun ar-Rasyid di Raqah


Hama..Kincir air pertama di dunia yg menggunakan sistem injap..