Thursday, 26 February 2009

KUCING, قط, Cat



Tahukah anda,

Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina!

Dan walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!

Justeru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!

Salah satu ciri yang dikawal oleh DNA kucing, adalah warna bulu kucing, dan ciri ini ditentukan oleh kromosom X. Secara umumnya, terdapat 3 jenis warna kucing yang dikawal oleh allel dalam kromosom X, iaitu warna cerah/oren (XO), warna gelap/perang (Xo). Allel adalah ciri-ciri yg disandarkan pada sepasang gene dalam kromosom.

Analoginya sebegini. Warna asal kucing adalah putih (tiada warna). XO adalah “cat” berwarna cerah(oren). Xo pula adalah “cat” berwarna gelap(hitam/perang). Maka campuran ketiga-tiga inilah yang menjadikan kucing mempunyai 3 warna!

Maka bagi kucing yang mempunyai 3 warna, atau turut dikenali sebagai “calico” @ “tortoiseshell cats”, kucing ini mempunyai kedua-dua jenis allel iaitu XO, Xo yang di-ekspressikan secara serentak. Untuk kucing mempunyai kedua-dua allel tersebut, kucing tersebut mestilah mempunyai dua kromosom X! Dan hanya kucing betina yang ada 2 kromosom X, iaitu XX!
Kucing Jantan 3 Warna?

Bagaimana pula dengan 0.03% kucing jantan yang berbulu 3 warna itu? Dari mana datangnya?

Seperti manusia, kucing juga mengalami satu masalah genetik yang dipanggil Kleinfelter’s Syndrome. Klinefelter Syndrome berlaku apabila kromosom yang menentukan jantina seseorang (seseekor?), yang sepatutnya berpasangan, menjadi tiga iaitu lebih satu kromosom X.

Seperti yang kita ketahui, kromosom jantina lelaki/jantan adalah XY. Manakala perempuan/betina pula, adalah XX. Tapi dalam Kleinfelter Syndrome, kromosom jantina yang dimiliki adalah XXY. Dari segi penampilan luaran, organisma XXY ini adalah lelaki/jantan (kerana kehadiran kromosom Y), tetapi adalah mandul (infertile)! Justeru, kucing jantan yang mempunyai 3 warna (kerana ada 2 kromosom X yang menentukan warna), pasti mengidap Klinefelter Syndrome dan justeru itu, mandul!

Bagaimana pula sekiranya anda mempunyai kucing jantan, 3 warna, tetapi “gagah perkasa kejantanannya”? Hehe.
Kucing Chimera?

Maka inilah kejadian tuhan yang sangat-sangat istimewa, iaitu dipanggil Chimera. Chimera adalah satu fenomena yang sangat-sangat jarang terjadi, iaitu 2 zygote disenyawakan secara serentak, malah bergabung menjadi satu embryo ketika proses pembentukan di dalam uterus ibu!

Fenomena 2 zygote disenyawakan serentak adalah relatifnya biasa. Contoh paling mudah, kembar tidak seiras. Kembar tidak seiras adalah terbentuk sekiranya dua ovum disenyawakan oleh 2 sperma, membentuk 2 zygote. Dua zygote ini mungkin mempunyai jantina yang sama ataupun berbeza, ciri-ciri yang sama ataupun berbeza.

Jadi, apa itu chimera? Bayangkan, 2 zygote kembar tidak seiras ini, mempunyai jantina yang sama, bergabung ketika proses tumbesaran dalam uterus, menjadi satu! Chimera tersangatlah jarang terjadi, hanya 40 kes yang pernah dilaporkan dan direkodkan sepanjang jangka hayat kehidupan umat manusia.

Begitulah juga dengan kucing chimera. Asalnya dari 2 zygote yang sama jantina tetapi berlainan warna, kemudiannya bergabung dan dilahirkan menjadi seekor kucing - jantan sejati tetapi 3 warna. SubhanAllah!

"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir". [13:3]



Kucing dan Islam!

Islam itu syumul (lengkap), hinggakan panduan untuk berinteraksi dengan haiwan pun ada! Ya, sungguhpun tidak dinyatakan dengan jelas di dalam alQuran, tetapi banyak sangat peristiwa-peristiwa di zaman Rasulullah S.A.W mengenai haiwan, yang menjadi panduan kepada kita. Bukankah baginda itu sebaik-baik role model? =)

Menyayangi haiwan, adalah sunnah Rasulullah. Islam sangat-sangat mengajar umatnya untuk mengasihani haiwan, terutamanya yang jinak seperti kucing. Namun, janganlah terlalu menyayangi haiwan sehingga mengatasi kasih sayang sesama manusia pula!

Kalau kita tengok, negara-negara maju seperti di kawasan Eropah mahupun di sebelah timur (Korea dan Jepun), keprihatinan terhadap haiwan amat dititikberatkan. Pusat-pusat pemeliharaan (adoption center), persatuan-persatuan membela nasib haiwan dan sebagainya ditubuhkan, dalam usaha memanifestasikan kasih sayang terhadap haiwan.

Barat mendakwa, seorang individu bernama Richard Martin adalah orang pertama di dunia yang membela haiwan, ketika dia menubuhkan Persatuan Anti-Kezaliman Haiwan pada tahun 1824. Tetapi mereka tidak tahu, jauh lebih lama dari itu, hampir 1500 tahun dahulu, Rasulullah telah terlebih dahulu mensyariatkan umat Islam untuk berlaku baik terhadap haiwan! Nak tahu kisahnya?

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, sesungguhnya Rasulullah pernah besabda:

Seorang pelacur dari Bani Israel diampun dosanya oleh Allah dan dimasuknya ke syurga kerana ia bersimpati dengan seekor anjing yang kehausan air, lalu ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya untuk diberi minum kepada anjing itu.

Subhanallah! Alangkah mulianya berbakti kepada haiwan, sehinggakan dosa yang begitu berat pun boleh diampunkan! Banyak aspek kita boleh lihat pada hadis ini. Pertamanya, wanita tersebut adalah pelaku dosa besar, iaitu berzina (pelacuran). Namun, bukan itu yang diambilkira, sebaliknya keikhlasan wanita tersebut. Wanita tersebut bersimpati dengan seekor anjing! Walaupun anjing merupakan binatang najis mughallazah, tetapi ia tidak bermaksud kita perlu memandang jijik terhadap binatang tersebut. Wanita tersebut tetap sudi membantu anjing tersebut! Itu keikhlasan yang pertama. Yang keduanya, “ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya”! Ini menunjukkan, betapa nekad wanita tersebut untuk membantu si anjing yang kehausan. Jelaslah keikhlasan dan ikhtiar yang dilakukan wanita ini, yang datang dari hati yang suci, itulah yang menjadi sebab kepada pengampunan dosa beliau.

Dalam sebuah hadis yang lain pula, diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

“Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”

Satu lagi kisah mengenai haiwan, iaitu kucing. Seorang wanita yang menzalimi kucing. Dia mengikat kucing tersebut, malah tidak memberi makan, dan tak bagi pula kucing tersebut cari makanan. Ini menunjukkan betapa keji dan kerasnya hati wanita ini. Dan neraka jualah tempat akhirnya.



Sampingan: Kalau kita tengok kedua-dua hadis ini, kedua-duanya menunjukkan subjek yang sama, iaitu perempuan. Ini menunjukkan yang wanita mempunyai emosi terhadap haiwan, sama ada menyayangi, mahupun membenci. Kerana sayang dan benci itu berasal dari emosi. Kalau lelaki, mungkin hati kering sedikit. Tapi dengan wanita, emosi boleh menjadi kunci untuk ke syurga, mahupun ke neraka! Justeru, jadilah wanita yang pandai mengawal emosi!

Maka kita boleh lihat sendiri, betapa besarnya kelebihan menyayangi haiwan! Rasulullah tidak menyuruh kita bela haiwan tersebut smpai gemuk beranak pinak dan sebagainya, tetapi cukuplah sekadar mengasihani dan tidak menzalimi mereka. =)

Sebelum saya akhiri artikel ini, mari kita lihat sebuah kisah yang berlaku di zaman Rasulullah, yang saya rasa sungguh sweet! =p

(kisah ini tidak dapat dipastikan kesahihannya, justeru sesiapa yang mengetahui kebenarannya sudilah kiranya memperbetulkannya)

Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).

Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.



Allahu Rabbuna

Wednesday, 18 February 2009

MY BIRTHDAY

Semalam merupakan hari lahir aku 17 Februari 2009...

Hm nampaknya aku dh 24 tahun dah tahun ni...alamak..Semakin lanjut usiaku, bermakna semakin pendek duniaku, semakin banyak dosa aku...Semakin dekat ajalku, semakin jauh perjalanan di akhirat nanti...

Apakah nasib aku nanti?? Ya Allah, matikan aku dalam Islam dan Iman...

Kepada sahabat2 yang mengunjungi blog aku ni, tolong doakan kesejahteraan aku, di dunia lebih2 lg akhirat kelak...mudah2an doa sahabat2 sekalian diterima, aku jugak doakan sahabat2 sekalian dirahmati dan diberkati dlm segala apa jua kerja yg anda lakukan (kerja yang baik2 je la)...

Sekian mari kita senyum sama2...alahai kiutnya...



Allahu Rabbuna

LawAK LaGi

"Pada suatu hari Doli dan rakan karibnya, Bayu, pergi mancing kat sungai.

Dalam bosan2 menunggu ikan, Doli berkata, Bayu: aku ada satu cerita

Bayu : cerita ape?
Doli : nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
Bayu : yela..

Doli pun memulakan ceritanya...

Doli :satu hari aku pergi memburu.
Bayu : memburu.
Doli : aku masuk kedalam hutan.
Bayu : hutan.
Doli : tiba2 aku rasa nak terberak.
Bayu : berak.
Doli : aku berlari ke semak.
Bayu :semak.
Doli : aku pun berak.
Bayu : berak.
Doli : satu hari aku pergi memburu lagi.
Bayu : lagi.
Doli : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
Bayu : dulu.
Doli : aku lihat tahi aku suda tak ada.
Bayu : ada.
Doli : aku pun tertanya2.
Bayu : tanya.
Doli : siapa makan tahi aku?
Bayu : aku...."

Hakahaak....

Tuesday, 10 February 2009

APA PALING CEPAT??


LAWAKING...hehehe

Jusoh telah diamanahkan supaya memilih dari calon-calon yang memohon untuk mengisi jawatan yang telah ditawarkan. Setelah menyusun dan mencari dari biodata-biodata yang diterima, dia dapati ada 4 pemohon lelaki yang sama dari segala segi kelayakan mereka.

Jusoh kemudiannya memutuskan untuk memanggil kesemua 4 pemohon tersebut untuk bersemuka. Dia merancang untuk menanya satu soalan yg akan menentukan siapa sebenarnya yang lebih layak untuk jawatan tersebut.


Harinya pun tiba. Sebaik saja keempat-empat lelaki tersebut mengambil tempat duduk masing-masing dalam bilik temuduga, Jusoh terus bertanya, “Beritahu saya, apakah perkara yg paling cepat sekali berlakunya?” sambil menunding jarinya kepada lelaki yg pertama. Lelaki pertama dengan penuh keyakinan menjawab, “Fikir. Ia muncul tiba-tiba dalam kepala. Tiada amaran awal tentang kehadirannya. Fikir adalah kejadian yg paling pantas yang saya tau”. “Itu sudah bagus!” Jawab Jusoh.


“Apa pendapat awak pula?” dia bertanya pada lelaki yang kedua.“Hmm… ok… Kelip Mata! Ia berlaku tanpa kita sedar pun. Itulah yang terpantas sekali berlakunya”. “Tepat!, Sekelip Mata.. selalu digunakan untuk menyatakan kecepatan pergerakan sesuatu” sambut Jusoh.


Dia kemudiannya berpaling kepada lelaki ketiga yang terus memberikan jawapannya. “Apabila suiz lampu di’ON’ kita akan dapati lampu segera mengeluarkan cahayanya tanpa lengah walau sedetik pun. Pergerakan cahaya itulah yang tercepat dan terpantas yang saya tahu”. Jusoh amat terpikat dgn jawapan yg diberikan, dalam fikirannya tertera inilah orang yang dia cari.


Walaubagaimana pun, dia berpaling kepada lelaki keempat lalu mengajukan soalan yang sama. “Setelah mendengar ketiga-tiga jawapan tadi, nyatalah kepada saya iaitu perkara yg paling pantas sekali berlakunya adalah ‘berak cair’. “APA?!” Terperanjat Jusoh dgn jawapan yang diberikan.


“Oh biar saya jelaskan” kata lelaki keempat itu, “Ceritanya begini, suatu hari saya merasa kurang selesa lalu saya terus berlari ke tandas. Tapi, sebelum sempat saya berfikir, belum sempat saya berkelip mata pun dan belum sempat saya ‘ON’ suis lampu tandas tu, saya sudah terberak cair dalam seluar saya.”

Tuesday, 3 February 2009

Wahai orang-orang yang bukan kafir!!

Page ini telah menerima kunjungan sebanyak 497 views

Di sini saya akan kemukakan keindahan-keindahan ISLAM ajaran Nabi Muhammad SAW tentang SYURGA ISLAM (HEAVEN), tentang SEKX dalam Islam, ajaran-ajaran Islam yang danggal, palsu, goblok, duniawi dan terorist Islam. Turut dikemukakan adalah pandangan dari Al-Quran dan Hadis-hadis tentang semua ini. Nabi Muhammad SAW sebenarnya Nabi Sex dari Syurga! PERHATIAN: Orang-orang muslim berisiko tinggi untuk pingsan atau berubah agama apabila membaca artikel-artikel di sini. + petikan dari sebuah blog laknat..

Kalau korang rasa korang ni Islam bukan hanya sekadar melayu, sila jalankan tanggungjawab korang sebagai muslim. If korang bukan beragama Islam tapi pandai menghormati sensitiviti agama lain, korang juga mempunyai tanggungjawab untuk………

FLAG 2 BLOG DURJANA INI

www.adibahahmed.blogspot.com | www.syurga-islam.blogspot.com

Secara terus terang, Khai memberi trackback/linkback dengan bertujuan agar dapat menagih simpati korang pada agama supaya FLAG blog ni biar terus ghaib sebelum makin ramai yang menjadi murtad. Selepas hilangnya blog Adibah Ahmad, makin banyak blog ‘clone’ yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Tak tahu apa nak jadi dengan orang Malaysia ni. Makin melampau. Kepada orang cina, india dan mereka yang beragama bukan Islam, tak tahu mana korang letak kepala otak korang. Bila orang Islam sendiri (di tanah milik orang Islam) sikit pun tak kacau agama korang, ape motif korang nak kacau agama Islam? Tolong la belajar menghormati agama lain.

Orang islam kalau nak mengutuk agama korang, seribu satu macam kami boleh kutuk. Cumanya memang kami dah di-didik untuk menghormati agama lain. Itu adalah didikan Islam. Tak tahu lah kalau agama korang begitu hina mengajar penganut’nya untuk mengutuk-ngutuk agama lain. Korang pergi kutuk-kutuk Muhammad S.A.W walhal korang dah sedia tahu betapa agungnya BAGINDA kepada orang Islam. Satu je sebab korang buat macam tu, biar orang Islam mengamuk dan melenting. Ya, itu dah memang korang jangka. Bila kami bangkit menentang, korang cop kami sebagai terrorist.. pengganas.. ape sial korang ni!! dah la bacul pergi guna blogspot. Kalau berani, dedahkan la identiti korang yang kononnya maha hebat tu.. Bodoh!


Pssttt: Jangan pandang enteng dengan perkara macam ni. Jika korang mempunyai blog, sama-sama kita sebarkan kempen FLAG blog-blog seperti ini. Sudahlah amalan kita tak banyak mana, at least, tanggungjawab yang semudah ini, dapat juga buat bekalan di akhirat kelak. Tak susah pun kan?

Tak tahu nak flag? Nak tutorial ringkas…


Allahu Rabbuna

Friday, 2 January 2009

Ketakutan Dia,Seorang Lelaki
www.iLuvislam.com
oleh: akulahkaulah

Assalamualaikum WBT..artikel ni saje nk share...sama2 kita hayati...bg lelaki yg selalu dilanda prob kapel, bolela baca, insyaAllah ada bole terjawab prob tu kalo dilihat dgn pandangan hati...selamat membaca... :)


`KETAKUTAN DIA, SEORANG LELAKI!’

Mungkin agak janggal bagi anda dan saya meniti mata kita dari `K’ sehingga I’` pada tajuk diatas. Tapi, inilah perkara yang bermain difikiran saya ketika itu. Saya pun tidak tahu dari mana pangkalnya dan dari mana hujungnya. Cuma yang saya tahu, ada lelaki yang sedang ketakutan disekeliling kita sedang mencari jawapan, jawapan bagi setiap soalan untuk dirinya. Sekali lagi pantas jari jemari ini berfungsi, kali ini untuk menutup helaian-helaian buku physilogy saya, ada perkara yang perlu diselesaikan..
Lelaki owh lelaki..jangan takut..Allah kan baik.

Saya teringat diwaktu dulu, ketika itu saya masih lagi kecil dan kurang mengerti selok-belok dunia ini. Hatta kini, masih juga sama. Cuma, Alhamdulillah, merentasi masa pasti juga akan merentasi suka dan duka. Syukur Allah benarkan saya belajar banyak perkara dari semua itu.

Saya insan biasa. Tetapi sukakan sesuatu yang luar biasa dalam keadaan yang biasa-biasa. Jadinya, kalau ada salah dan silap, sama-sama kita saling melengkapi. Moga Allah kira ini sebagai usaha untuk mendapatkan keredhaanNya.

Mari bermula! Dulu saya pernah bersembang dengan seorang akhi tentang cinta.Tapi, biasalah..dulu sembang-sembang sahaja. Kini, Allah bagi rezeki untuk terjemahkan balik satu-persatu, Alhamdulillah.
‘yer,memang kita perlu yakin dengan jodoh yang Allah bagi kat kita,tapi kita kena ada usaha..’
‘usaha’?
‘aah, usaha..’
‘oo00oo, usaha..'

Maka merentasi masa, saya melihat bermacam-macam usaha yang ada kat muka bumi ini, dalam mencari jodoh atau pasangan hidup.
‘Usahalah kenal dia, SMS laa’
‘Isk, apa susah..bercinta la, baru kenal..’
‘Baik tackle cepat, sebelum dia ditackle kan orang lain.melepas kau..’

Saya pun, angguk dengan pendapat-pendapat manusia, masa pun direntasi lagi.

‘Alamak, melepas laa aku dia, tak tau kenapa ‘.
‘Isk, bosannya kahwin, kalau aku tau..aku tak nak bercinta dulu..’
‘Buang masa aku jer..last-last bukan sesuai pun…'
Aih...dah bertukar dah..begitu pula jadinya....

Apa yang sahabat-sahabat boleh bayangkan dalam situasi dialog diatas? Apa yang ingin saya sampaikan? Ruang ini saya ingin memotivasikan lelaki-lelaki yang mungkin sedang dalam ketakutan dalam mengharungi hidupnya seharian (ingat, saya pun lelaki juga).



TEKNIK & TAKTIK:

1) Letakkan kenyakinan yang tinggi pada Allah swt.Usaha sebenar bukanlah terletak pd SMS, chatting, tackle menackle atau pada apa yang menjurus kepada sebuah perhubungan sebelum kahwin. Tetapi USAHA sebenar seorang lelaki adalah menahan segala-galanya dari perkara yang menjurus kepada itu. Itulah USAHA sebenarnya..

Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti’


2) Setiap lelaki inginkan wanita yang solehah untuk mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Ketakutan lelaki akan muncul apabila bertemu dengan calon pilihannya dan risau akan kehilangannya. Dia akan berusaha untuk mendapatkan wanita tersebut dengan cara yang berbeza-beza.
Untuk yang kurang pendedahan agama:Mungkin mengambil jalan untuk bercouple(dating etc)
Untuk golongan pertengahan :Biasanya akan menggunakan ayat2 kiasan,jelling menjeling dan mungkin bercouple tapi istilah ‘bercouple dalam islam’ …
Untuk golongan yang didedahkan dengan agama:Ini bahaya! Ramai juga pejuang-pejuang yang bertungkus lumus didalam agenda dakwah dan sebagainya dimata manusia, gugur di persimpangan ini. Nauzubillah min zalik. Sehingga ada yang sanggup menghadiri program tarbiyyah hanya semata hadirnya zaujah pilihan dihati. Ada juga yang menganggap diri masing-masing sebagai sahabat juang, lalu meluahkan masalah didalam perjuangan bersama-sama, sedangkan wujud jantina sejenis yang lebih afdhal? Alasan - akhawat lebih memahami?Sudahlah, syaitan lagi memahami. Astagfirullahal adzim, jauhkan lah semua ini dari kami Ya ALLAH.

Firman Allah ini sangat popular, namun ramai buat-buat tak tahu tentang kehadiran isi kandungan yang ingin disampaikan .

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ianya adalah ‘mendekati’ , bukannya ‘melakukan’ ..Allah ingin mengajar kita supaya tidak mendekati cabang-cabang zina, walau seinci!..subhanallah.nauzubillah..ihfazna ya Rahman..

3) Lelaki punyai kekuatan, bukan pada tubuh badan. Tapi kekentalan menghadapi cabaran seorang perempuan.

Sebuah hadiht sahih: Ar rasul bersabda..
'Tidak aku tinggalkan fitnah paling besar dan berat kepada anak adam,melainkan perempuan'
Akhirnya kita dapat melihat bahawa setiap lelaki inginkan kebaikan dalam setiap perhubungan, mengharapkan teman hidup yang betul-betul mampu memahami. Disinilah muncul ketakutan didalam jiwa mereka sehingga menghasilkan `usaha’ yang tak diperlukan.
Ingat, sahabat-sahabat sekalian, sekiranya benar dan ikhlas tujuan kita, usaha kita yang sebenar adalah usaha menghalang segala `usaha’ yang akan menghalang kita mendapat cinta seperti cinta Rasulullah dan Khadijah.
Allah tak zalim, cinta suci, peliharalah kesuciannya.


Di benak hati, letakkan KEYAKINAN..ikutlah cara Islam, ikutlah undang-undang tuhan, ikutlah teladan Rasulullah dan sahabat, juga salafussoleh..moga ia akan memberikan kebahagiaan di DUNIA juga AKHIRAT.
Formula : Yakin + Islam’s way = isteri @ suami solehah..=)
Insya Allah..specific for me, but rugi kalau tidak disebar-sebarkan..kan?..manfaat bersama. Andai saya juga terleka, ingatkanlah saya..saya juga seorang lelaki..:)..
Syukran ‘ihfazillah yahfazka’..
salam ukhuwah..

KAHWIN!




this is the way
the only way..rite?

Saturday, 27 December 2008

CIRI2 ORANG YG LAHIR BULAN FEBRUARI

Rahsia Bulan dan Kelahiran
Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan olehYang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.* Bijak dan pintar* Berpewatakan yang mudah berubah.* Mudah menawan orang lain.* Agak pendiam.* Pemalu dan rendah diri.* Jujur dan setia pada segalanya.* Keras hati untuk mencapai matlamat.* Tidak suka dikongkong.* Mudah memberontak apabila dikongkong.* Suka kegiatan yang lasak.* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.* Mudah mempamerkan marahnya.* Tidak suka benda yang remeh-temeh.* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.* Sangat berani dan suka memberontak.* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.* Pemerhatian yang tajam.* Suka hiburan dan sukan.* Suka benda yang bersifat seni.* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.* Belajar untuk mempamerkan emosi




p/s: Mamat poyo sebelah ni lahir bulan Feb..sape la dia ni agaknya...



Allahu Rabbuna