Tuesday, 18 August 2009

Ustaz Asri Ibrahim...Pemergianmu Memilukan...

Salamullahi alaykum..

Maaf kerana dah lama tak berblog. Bulan 7-8 ni byk prog motivasi. Entry kali ni akan menyentuh seorang ikon yg aku kagumi dan aku sgt sayang, iaitu Allahyarham Us Asri Ibrahim solo utama kumpulan nasyid Rabbani. Aku nk share pengalaman dgn sape2 yg baca blog aku ni, secara personally, even aku bukan org yg paling rapat dengannya, tp cukuplah dengan bercakap dgn Us Asri sepatah dua kata, aku boleh katakan yg Allahyarham seorang yg tidak menyombong diri, low profile dan pandai amik hati sape2 yg berurusan dengannya..

Aku drpd kecil lagi dh jd peminat setia Us Asri, dengan alunan suaranya yg syahdu dan merdu membuatkan sesiapa saja yg mendengarnya akan tersentuh, secara tak langsung mesej dakwah masuk ke dalam hati. Aku ingat lagi, masa kecil2 dulu, lagu yg paling aku minati lagu Munajat. Aku dh ikut perkembangan Us Asri ni sejak dr zaman al-Arqam lagi. Kalo ada konsert Nadamurni, mak bawa aku & adik aku g tengok konsert nasyid. Banyak lagu nasyid Nadamurni yg aku minat. Dakwah melalui nasyid yg telah dibawa oleh Us Asri sgt berkesan.

Sewaktu pelancaran album nasyid Suara Kemanusiaan dan album nasyid Terima Kasih - Ya Adnan (ni album nasyid group aku Suflife & Ae-One), Us Asri beserta kumpulan Rabbani antara hadirin yg hadir. Aku pernah berbicara dgn Us Asri, bicaranya lembut, cool, mudah mesra..Rakan-rakan, juga kakak aku sendiri pernah cakap kt aku, Us Asri ni mudah nak deal,kalo nk jmput Rabbani buat show, senang nk deal dgn Us Asri..Ya, memang akui hakikat itu.
(Anak Bongsu Allahyarham Us Asri Ibrahim)


Tanggal 13 Ogos 2009, detik yang mengejutkan semua peminat nasyid tanahair. Bila aku dapat tau pemergian Us Asri secara tiba-tiba, aku sedar air mata membasahi pipi tanpa kuminta, walaupun aku tak rapat dgn Us Asri, tp itulah tanda cinta ukhuwah yg terbina walau sekejap cuma. Aku terus call mak aku, mak akupun tiba-tiba menangis dengar berita ni..Aku sempat ke Hospital Pantai, ingin melihat janazah, tetapi kemudian janazah dibawa pulang ke Kg Bukit Lanchong, di Shah Alam,rumah mak Us Asri. Rumah papan, melambangkan Us Asri bukan berasal dari keluarga yg mewah, tetapi jasanya cukup besar utk industri nasyid tanahair.


Aku dpt melihat ramai yg menziarahi janazah, ingin menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir, begitu juga aku. Aku lihat wajah sayu isteri (kak Jannah) beserta 6 orang anak yg masih bersekolah. Aku dapat rasai kepahitan mereka, kerana aku juga kehilangan ayah pada usia seperti mereka. Aku sempat mengucup Allahyarham buat kali terakhir, tanda sayangnya aku kepada Allahyarham..mengingatkan aku, betapa mati itu pasti..seorang pejuang telah kembali menghadap Allah, kehilangan sebuah permata yg berharga, di usia muda, Allah sayangkan beliau..Biarlah rohmu bertemu Ilah dengan tenang dan damai, sedamai lagu dendanganmu 'Pergi Tak Kembali'..


Allahu Rabbuna

Friday, 17 July 2009

Lawak Org Jahil

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg
dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si
mangkuk
3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt
kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu
kesurau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah
Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dgn segera tok imam merampas mikrofon drpd
Ali dan menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul
ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat dua kali
pun tak khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat
belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum
pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba2 je si Budin
ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"

Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa
terbahak-bahak.


Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan
jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.

Siap dgn wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn
bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi http://www.blogger.com/img/blank.giftu. Kalau tak, lagi dasat aku
semayang.
He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

Allahu Rabbuna

Tuesday, 16 June 2009

HUKUM KERJA DI 7 ELEVEN

Salam..Artikel ini diambil dari blog Us Zaharuddin. Semoga kita dapat mengambil mutiara daripadanya, Insya Allah. Selamat membaca!!

SOALAN:

Di sini saya ingin ajukan satu soalan, bagaimana hukum pendapatan saya sekiranya saya bekerja di kedai 24 jam yang agak terkenal iaitu 7eleven, kedai ini ada menjual minuman arak, adakah saya termasuk dalam gologan orang yang dilaknat oleh Allah ?

JAWAPAN UZAR :

Secara umumnya, kerja sebagai cashier di pasaraya termasuk 7 eleven adalah halal. Bagaimanapun jika ada orang membeli arak dan melakukan pembayaran di kaunter anda, tatkala itu anda turut mendapat dosa dan laknat Nabi SAW kerana ia dianggap telah membantu pembelian arak itu. Demikian juga jika pekerja itu seorang pembantu yang menyusun dan semak stok arak dan lain-lain yang diharamkan, apa sahaja yang berkait dengan menyusun arak, mempamerkannya adalah berdosa.

Perlu difahami, tidak semua perkara haram sama tahap berat dosanya, ada yang dosa besar dan ada dosa yang lebih kecil. Allah SWT lebih mengetahui, bagi mendapat lebih jelas panduan hukum dalam hal ini adalah hadith Nabi SAW :-

عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له

"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"

Dalam menghuraikan hadith ini dan kaitannya dengan cashier :-

وآكل ثمنها المشتري : أي للشرب أو للتجارة بالوكالة وغيرها

Ertinya : Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22)

Dan juga sebuah lagi hadith

عن جَابِرِ بن عبد اللَّهِ رضي الله عنهما أَنَّهُ سمع رَسُولَ اللَّهِ يقول عَامَ الْفَتْحِ وهو بِمَكَّةَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ

Ertinya : Dari Jabir r.a berkata ia mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Mekah, sesungguhnya Allah dan rasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala. ( Riwayat al-Bukhari, 2/779)

Secara ringkasnya, ini bermakna kerja sebegini boleh menyebabkan pendapatannya bercampur halal dan haram. Keadaan ini boleh diselesaikan dengan memperuntukan sedeqah sebahagian dari harta setiap bulan kepada faqir miskin. Ia bergantung kepada iman kita, jika ingin rasa lebih tenang, sedeqahlah dalam jumlah yang wajar dengan keterlibatan penjualan arak tadi.

Adapun jual kondom di 7 eleven agak sedikit berbeza, kerana kita tidak dinafikan ada suami isteri yang membelinya juga, ia adalah halal

Adapun, bagi yang berlagak bagai suami isteri lalu membelinya untuk perzinaan mereka, cashier yang tidak mengetahui tidak terlibat dalam dosa tersebut, kecuali jika dalam sesetengah keadaan ada cashier yang mempunyai rakan-rakan muda yang diketahui kaki berzina, lalu meminta bantuan untuk membeli kondom dari kedai yang dijaga oleh rakannya. Ketika itu, bantuan itu menjadikan tindakannya adalah haram dengan dosa besar. Wallahu'alam.

Sebagai akhirnya, saya berasa lega kerana di beberapa buah pasaraya, mereka memisahkan kaunter pembayaran barangan tidak halal dibuat di kaunter khas yang dijaga oleh bukan Islam. Ia baik bagi menjaga kebajikan pekerja Islam.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

12 Jun 2007


Allahu Rabbuna

Monday, 18 May 2009

Anda Terfikir Tak??

Renungan untuk kita semua:
1) Dari bujang-kahwin No 1 —- no.2 —– DLL.
2) Dari pakai moto kap — kancil-wira — Honda —- seterusnye..
3) Badminton —– Golf —-
4) Rumah sewa—- rumah murah —rumah teres — banglow…
5) Technician —-supervisor —– engineer — manager…
6) Tv 14′ — 21″ — 29″ —- Home theather…
7) Sg Danga — Tanjung Leman — Langkawi —- Hadnyai — Bangkok ..
8) Memancing kat parit /longkang —- sungai — kolam (bayar punye)—-
laut dalam (sewa bot mewah)…… Kalong
Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour…
TETAPI…
KITA JUGA LUPA…
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA….
DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN…”ON LOAN”…
SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH “PERSEDIAN UNTUK MATI”
Umpamanya:
1) tak sembahyang —- pastikan sembahyang—jadikan amalan….
2) banyak maksiat —– kurangkan —– hapuskan…
3) Bangi —- madinah —- mekah—
4) sedekah RM1.00 —- RM10.00 — RM100.00/
5) sembahyang dirumah — sembahyang di surau/mesjid….
6) 5 jam sehari menonton TV —– 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU….
7) 3 jam baca suratkabar/majallah/internet —– 2 jam majallah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.
Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan….
Contohnya:
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur……..
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE… bila tuhan beri kenaikan pangkat &
gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa… Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu… malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.
Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun… Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan…
dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya…
infiniti…
Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus .
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3.Orang berpuasa di hari Arafah.”
Sekian untuk ingatan kita bersama.


Allahu Rabbuna

Wudhu` Dan Kesihatan

Ilmu Perubatan Cina menyatakan:
MANUSIA mempunyai lebih kurang 700 'Biologi Active Spots’,
66 memberi kesan positif segera apabila dirangsang.
61 daripadanya berada di anggota wajib wudhuk.
5 antara buku lali dan lutut (anggota sunat)

Bangsa Cina meyakini jika 'Biologi Active Spots’ dirangsang,
ia akan merangsang sistem saraf dalam badan
sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan.


Allahu Rabbuna

Tanda-tanda ikhlas

Tanda-tanda ikhlas dapat disimpulkan seperti berikut:
1. Menuduh diri berasa kurang sempurna dalam melaksanakan kewajiban kepada Allah.
2. Merasa keikhlasan dalam diri itu tiada dan selalu mempertanya keikhlasan diri sendiri.
3. Tidak terpengaruh dengan ujian atau celaan, tetapi tetap istiqamah.
4. Tidak berubah walaupun manusia berubah dalam hal ketaatan atau kemaksiatan.
5. Niat menjadi pusat pemerhatian dalam kehidupan.
6. Berusaha merahsiakan amal kebaikan kecuali ketika memberi teladan kepada orang lain.


Allahu Rabbuna

Wednesday, 8 April 2009

SABAR DENGAN UJIAN!


Saudaraku yang budiman,
Di dalam al-Quran banyak menyebut perihal sabar, antaranya dalam surah al-Baqarah, ayat 153: “Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”. Begitu juga, banyak hadith baginda S.A.W. yang menyebut tentang sabar seperti sabda baginda yang diriwayatkan oleh Abu Na’im dan Khatib: “Sabar sebahagian dari iman”.
Setiap manusia di bumi Allah ini tidak akan terlepas daripada mehnah, ujian, dan tribulasi, yang mana dengan ujian itu akan mematangkan diri serta mendidik jiwa agar sentiasa bersabar, kerana di sebaliknya hikmah yang tidak terungkap dek kata-kata, malahan dengan kesabaran yang tinggi itu memantapkan keyakinan kepada Allah al-Wahhab.

Pun begitu, salah sama sekali sekiranya memohon kepadaNya agar diberi ujian dan kesusahan hidup agar dengan ujian itu dapat meningkatkan lagi keimanan kepadaNya. Ini bukanlah yang dianjur oleh Islam, dan baginda S.A.W sendiri sentiasa memohon kepada TuhanNya agar dilindungi daripada bencana dan musibah.

Saudaraku yang budiman,
Adakala kita diuji dengan ujian yang amat berat untuk dipikul, tetapi dengan berkat kesabaran yang tinggi, akhirnya manis yang kita hirup di hujungnya. Imam al-Ghazali telah memberi tips kepada mereka yang dilanda ujian, bagaimana untuk berdepan dengan ujian agar jiwa tidak kecundang daripada iman. Mari kita hayati nukilan al-Imam ini:

“Setiap kemiskinan, kesakitan, ketakutan, dan semua bencana di dunia ini di dalamnya terdapat lima perkara yang patut dijadikan bahan untuk bergembira bagi setiap orang yang berakal, dan bahkan perlu sama sekali untuk disyukuri kerana ia dapat dianggap sebagai kenikmatan. Jelasnya ialah:

Pertama: setiap bencana atau kesakitan itu dapat dibayangkan yang lebih besar dan lebih mengerikan daripada yang dihadapinya, atau yang sedang dideritanya. Sebabnya ialah kerana apa yang ditakdirkan oleh Allah Taala itu dapat dibatasi. Segala sesuatu pasti dalam kekuasaanNya. Kerana itu, bayangkanlah bagaimana sekiranya bencana atau sakitnya itu dilipatkan atau ditambah oleh Allah Taala, apakah kiranya dapat ditolak atau dihalang kedatangannya.

Nah, oleh kerana itu, patutlah orang yang sedang terkena bencana, atau yang sedang sakit itu bersyukur kepada Tuhan. Sebab tidak sampai diberi yang lebih hebat, lebih parah dan lebih menyedihkan di dunia ini. Terutama jikalau semuanya itu ditangani dengan kesabaran, maka pahalanya akan berlipat ganda pula, sedang keburukannya dapat dikurangi sebab sabarnya tadi.

Kedua: Datangnya bencana itu mungkin sekali sebagai musibah kerana kekurangan taatnya dalam agama. Oleh kerana itu, dalam sebuah keterangan disebutkanlah doa yang diajarkan oleh Nabi Isa a.s. kepada kita, demikian "اللهم لا تجعل مصيبتنا في ديننا" (Ya Allah, janganlah menjadikan musibah kami ini sebab keteledoran kami mengerjakan agama).

Ketiga: Sesuatu bencana atau musibah itu hendaklah digambarkan bagaimana sekiranya diakhirkan sampai di akhirat nanti. Bukankah lebih baik disiksa di dunia ini sahaja daripada dinantikan sampai hari kiamat.

Semua orang hendaknya mengingati selalu bahawa bencana di dunia ini masih dapat diringankan dengan hal-hal yang lain sehingga akan dirasakan tidak seberapa bagi penderitaannya dalam tubuh dan jiwa, sedang bencana akhirat kelak adalah kekal untuk seterusnya. Maka daripada itu hendaklah dibayangkan bahawa musibah yang diterimanya di dunia ini mudah-mudah sahaja sebagai seksaan yang disegerakan semasa hidupnya di alam fana ini agar supaya tidak merasakannya lagi nanti di akhirat. Jikalau demikian, mengapa bencana yang bahkan akan menyebabkan keselamatan dirinya di akhirat nanti tidak disyukuri?

Keempat: Sebenarnya semua bencana atau musibah itu sudah ditentukan secara pasti dan tercatat tanpa ada yang kuasa mengubahnya selain Allah Taala sendiri. Ketentuan dan catatan itu sudah ada sejak azali di Ummulkitab (Induk catatan) yang ada di sisi Allah SWT. Semua yang sudah ditentukan dan dipastikan akan dating juga. Jadi jikalau sudah dialami, bererti sudah selesai dan orang yang terkena itu sudah terlepas daripada sebahagian bencana yang dipastikan untuknya atau sudah terlepas sama sekali, sebab sudah ridak ada lagi bencana yang tercatat untuknya selain yang dialaminya itu.

Jikalau demikian, maka tibanya bencana tadi adalah sebagai kenikmatan, sebab sudah terlepas daripada bencana yang tertentu.

Kelima: Bahawa pahala yang akan diperolehnya tentu lebih besar lagi dengan adanya musibah itu. Sebabnya ialah kerana bencana dunia ini adalah sebagai jalan untuk menuju ke akhirat dan semua bencana dalam urusan keduniaan itu dapat diumpamakan sebagai ubat yang pahit yang akan memberikan kemanfaatan di hari yang akan datang.

Seseorang yang dapat menginsafi demikian ini tentu dapat membayangkan bagaimana caranya hendak bersyukur jikalau mendapatkan bahaya. Sebaliknya orang yang tidak dapat menyedari hal ini, tentunya sukar untuk menggambarkan bagaimana bencana atau musibah malahan disyukuri. Baginya kesyukuran hanyalah mengikuti atau menyertai kenikmatan yang tampak secara jelas. Padahal sebenarnya syukur yang lebih utama adalah yang dengan mema’rifati bentuk kenikmatan itu dalam keadaan darurat. Maka dari itu, barangsiapa yang belum dapat mempercayai bahawa pahala terkena musibah itu sebenarnya lebih besar daripada musibah itu sendiri, maka tentunya tidak dapat membayangkan bagaimana hendak mensyukuri jikalau terkena musibah itu.

Perihal keterangan-keterangan dan nas-nas agama yang berhubungan dengan pahala kesabaran jikalau ditimpa musibah itu amat banyak sekali. Kiranya cukuplah untuk memguraikannya itu dengan mengutip sebuah firman Allah Taala dalam al-Quran “Hanyasanya orang-orang yang sabar itu akan dipenuhi pahalanya tanpa ada hitungannya”.


Sekalipun kita sudah mengetahui betapa besarnya pahala orang yang sabar memperoleh bencana, namun jangan sekali-kali kita mengaharapkan datangnya bencana itu pada diri kita. Yang demikian ini salah sekali. Apalagi kalau kita mencari-carinya.

Rasulullah S.A.W. yang sudah mengetahui keutamaan kenikmatan yang berbentuk bencana itu, tetapi tetap juga memohonkan kepada Allah Taala dalam doamya agar dilindungi daripada bencana dunia dan akhirat. Beliau S.A.W. juga mohon perlindungan kepada Allah Taala, jangan sampai ditasymit oleh musuh. Tasymit musuh itu ertinya musuh itu menjadi gembira kerana baginda S.A.W. memperoleh bencana. Banyk lagi yang dimohonkan oleh baginda S.A.W. agar Allah melindunginya, yang semuanya itu berupa bencana dan kesengsaraan.

Dalam sebuah hadith disebutkan: ”Mintalah kamu semua kepada Allah akan kesihatan (keselamatan daripada bencana), sebab tidak seorang yang diberi kurnia oleh Allah yang lebih daripada itu, melainkan keyakinan” (diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Nasaie).

Yang dimaksudkan dengan keyakinan (keimanan) ialah keselamatan hati dari segala macam penyakitnya seperti bodoh atau bimbang. Keselamatan hati adalah lebih utama daripada keselamatan badan.

Juga dalam doanya, baginda S.A.W. berkata: ”Keselamatan yang Engkau kurniakan adalah yang tercinta padaku” (diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq).

Sebagai akhir bab ini, marilah kita memohon kepada Allah Taala semoga dengan keutamaanNya, dilimpahkan kenikmatanNya pada seluruh makhluknya yang berupa kesentosaan dan kesejahteraan serta keselamatan baik dalam hal dunia, agama dan akhirat, lebih-lebih untuk kita sekalian dan seluruh kaum Muslimin sedunia, amin.



Allahu Rabbuna