Monday, 18 May 2009

Tanda-tanda ikhlas

Tanda-tanda ikhlas dapat disimpulkan seperti berikut:
1. Menuduh diri berasa kurang sempurna dalam melaksanakan kewajiban kepada Allah.
2. Merasa keikhlasan dalam diri itu tiada dan selalu mempertanya keikhlasan diri sendiri.
3. Tidak terpengaruh dengan ujian atau celaan, tetapi tetap istiqamah.
4. Tidak berubah walaupun manusia berubah dalam hal ketaatan atau kemaksiatan.
5. Niat menjadi pusat pemerhatian dalam kehidupan.
6. Berusaha merahsiakan amal kebaikan kecuali ketika memberi teladan kepada orang lain.


Allahu Rabbuna

Wednesday, 8 April 2009

SABAR DENGAN UJIAN!


Saudaraku yang budiman,
Di dalam al-Quran banyak menyebut perihal sabar, antaranya dalam surah al-Baqarah, ayat 153: “Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”. Begitu juga, banyak hadith baginda S.A.W. yang menyebut tentang sabar seperti sabda baginda yang diriwayatkan oleh Abu Na’im dan Khatib: “Sabar sebahagian dari iman”.
Setiap manusia di bumi Allah ini tidak akan terlepas daripada mehnah, ujian, dan tribulasi, yang mana dengan ujian itu akan mematangkan diri serta mendidik jiwa agar sentiasa bersabar, kerana di sebaliknya hikmah yang tidak terungkap dek kata-kata, malahan dengan kesabaran yang tinggi itu memantapkan keyakinan kepada Allah al-Wahhab.

Pun begitu, salah sama sekali sekiranya memohon kepadaNya agar diberi ujian dan kesusahan hidup agar dengan ujian itu dapat meningkatkan lagi keimanan kepadaNya. Ini bukanlah yang dianjur oleh Islam, dan baginda S.A.W sendiri sentiasa memohon kepada TuhanNya agar dilindungi daripada bencana dan musibah.

Saudaraku yang budiman,
Adakala kita diuji dengan ujian yang amat berat untuk dipikul, tetapi dengan berkat kesabaran yang tinggi, akhirnya manis yang kita hirup di hujungnya. Imam al-Ghazali telah memberi tips kepada mereka yang dilanda ujian, bagaimana untuk berdepan dengan ujian agar jiwa tidak kecundang daripada iman. Mari kita hayati nukilan al-Imam ini:

“Setiap kemiskinan, kesakitan, ketakutan, dan semua bencana di dunia ini di dalamnya terdapat lima perkara yang patut dijadikan bahan untuk bergembira bagi setiap orang yang berakal, dan bahkan perlu sama sekali untuk disyukuri kerana ia dapat dianggap sebagai kenikmatan. Jelasnya ialah:

Pertama: setiap bencana atau kesakitan itu dapat dibayangkan yang lebih besar dan lebih mengerikan daripada yang dihadapinya, atau yang sedang dideritanya. Sebabnya ialah kerana apa yang ditakdirkan oleh Allah Taala itu dapat dibatasi. Segala sesuatu pasti dalam kekuasaanNya. Kerana itu, bayangkanlah bagaimana sekiranya bencana atau sakitnya itu dilipatkan atau ditambah oleh Allah Taala, apakah kiranya dapat ditolak atau dihalang kedatangannya.

Nah, oleh kerana itu, patutlah orang yang sedang terkena bencana, atau yang sedang sakit itu bersyukur kepada Tuhan. Sebab tidak sampai diberi yang lebih hebat, lebih parah dan lebih menyedihkan di dunia ini. Terutama jikalau semuanya itu ditangani dengan kesabaran, maka pahalanya akan berlipat ganda pula, sedang keburukannya dapat dikurangi sebab sabarnya tadi.

Kedua: Datangnya bencana itu mungkin sekali sebagai musibah kerana kekurangan taatnya dalam agama. Oleh kerana itu, dalam sebuah keterangan disebutkanlah doa yang diajarkan oleh Nabi Isa a.s. kepada kita, demikian "اللهم لا تجعل مصيبتنا في ديننا" (Ya Allah, janganlah menjadikan musibah kami ini sebab keteledoran kami mengerjakan agama).

Ketiga: Sesuatu bencana atau musibah itu hendaklah digambarkan bagaimana sekiranya diakhirkan sampai di akhirat nanti. Bukankah lebih baik disiksa di dunia ini sahaja daripada dinantikan sampai hari kiamat.

Semua orang hendaknya mengingati selalu bahawa bencana di dunia ini masih dapat diringankan dengan hal-hal yang lain sehingga akan dirasakan tidak seberapa bagi penderitaannya dalam tubuh dan jiwa, sedang bencana akhirat kelak adalah kekal untuk seterusnya. Maka daripada itu hendaklah dibayangkan bahawa musibah yang diterimanya di dunia ini mudah-mudah sahaja sebagai seksaan yang disegerakan semasa hidupnya di alam fana ini agar supaya tidak merasakannya lagi nanti di akhirat. Jikalau demikian, mengapa bencana yang bahkan akan menyebabkan keselamatan dirinya di akhirat nanti tidak disyukuri?

Keempat: Sebenarnya semua bencana atau musibah itu sudah ditentukan secara pasti dan tercatat tanpa ada yang kuasa mengubahnya selain Allah Taala sendiri. Ketentuan dan catatan itu sudah ada sejak azali di Ummulkitab (Induk catatan) yang ada di sisi Allah SWT. Semua yang sudah ditentukan dan dipastikan akan dating juga. Jadi jikalau sudah dialami, bererti sudah selesai dan orang yang terkena itu sudah terlepas daripada sebahagian bencana yang dipastikan untuknya atau sudah terlepas sama sekali, sebab sudah ridak ada lagi bencana yang tercatat untuknya selain yang dialaminya itu.

Jikalau demikian, maka tibanya bencana tadi adalah sebagai kenikmatan, sebab sudah terlepas daripada bencana yang tertentu.

Kelima: Bahawa pahala yang akan diperolehnya tentu lebih besar lagi dengan adanya musibah itu. Sebabnya ialah kerana bencana dunia ini adalah sebagai jalan untuk menuju ke akhirat dan semua bencana dalam urusan keduniaan itu dapat diumpamakan sebagai ubat yang pahit yang akan memberikan kemanfaatan di hari yang akan datang.

Seseorang yang dapat menginsafi demikian ini tentu dapat membayangkan bagaimana caranya hendak bersyukur jikalau mendapatkan bahaya. Sebaliknya orang yang tidak dapat menyedari hal ini, tentunya sukar untuk menggambarkan bagaimana bencana atau musibah malahan disyukuri. Baginya kesyukuran hanyalah mengikuti atau menyertai kenikmatan yang tampak secara jelas. Padahal sebenarnya syukur yang lebih utama adalah yang dengan mema’rifati bentuk kenikmatan itu dalam keadaan darurat. Maka dari itu, barangsiapa yang belum dapat mempercayai bahawa pahala terkena musibah itu sebenarnya lebih besar daripada musibah itu sendiri, maka tentunya tidak dapat membayangkan bagaimana hendak mensyukuri jikalau terkena musibah itu.

Perihal keterangan-keterangan dan nas-nas agama yang berhubungan dengan pahala kesabaran jikalau ditimpa musibah itu amat banyak sekali. Kiranya cukuplah untuk memguraikannya itu dengan mengutip sebuah firman Allah Taala dalam al-Quran “Hanyasanya orang-orang yang sabar itu akan dipenuhi pahalanya tanpa ada hitungannya”.


Sekalipun kita sudah mengetahui betapa besarnya pahala orang yang sabar memperoleh bencana, namun jangan sekali-kali kita mengaharapkan datangnya bencana itu pada diri kita. Yang demikian ini salah sekali. Apalagi kalau kita mencari-carinya.

Rasulullah S.A.W. yang sudah mengetahui keutamaan kenikmatan yang berbentuk bencana itu, tetapi tetap juga memohonkan kepada Allah Taala dalam doamya agar dilindungi daripada bencana dunia dan akhirat. Beliau S.A.W. juga mohon perlindungan kepada Allah Taala, jangan sampai ditasymit oleh musuh. Tasymit musuh itu ertinya musuh itu menjadi gembira kerana baginda S.A.W. memperoleh bencana. Banyk lagi yang dimohonkan oleh baginda S.A.W. agar Allah melindunginya, yang semuanya itu berupa bencana dan kesengsaraan.

Dalam sebuah hadith disebutkan: ”Mintalah kamu semua kepada Allah akan kesihatan (keselamatan daripada bencana), sebab tidak seorang yang diberi kurnia oleh Allah yang lebih daripada itu, melainkan keyakinan” (diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Nasaie).

Yang dimaksudkan dengan keyakinan (keimanan) ialah keselamatan hati dari segala macam penyakitnya seperti bodoh atau bimbang. Keselamatan hati adalah lebih utama daripada keselamatan badan.

Juga dalam doanya, baginda S.A.W. berkata: ”Keselamatan yang Engkau kurniakan adalah yang tercinta padaku” (diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq).

Sebagai akhir bab ini, marilah kita memohon kepada Allah Taala semoga dengan keutamaanNya, dilimpahkan kenikmatanNya pada seluruh makhluknya yang berupa kesentosaan dan kesejahteraan serta keselamatan baik dalam hal dunia, agama dan akhirat, lebih-lebih untuk kita sekalian dan seluruh kaum Muslimin sedunia, amin.



Allahu Rabbuna

Thursday, 5 March 2009

Maha Hebat al-Quran dan Pemiliknya

Fenomena yang ada disebut dalam Al-Quran.
Kalau korang perasan, dlm Surah Ar-Rahman ade menerangkan fenomena ni. Cuba baca balik makna surah Ar-Rahman, ayat 19 dan 20:

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ

19. Dia membiarkan dua lautan mengalir yang kemudian keduanya bertemu.
بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ

20. Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing darinya.

Cuba tgk gambar kat bawah ni:




Gambar di atas adalah gambar laut di Cape Town, Afrika Selatan. Air laut tersebut sebenarnya adalah cantuman dua sungai yang bertemu di laut. Apa yang menariknya kedua air tersebut mempunyai dua rasa yang bertentangan dan kedua jenis air tersebut tidak boleh bercampur!

Inilah kekuasaan Allah, dan ada dinyatakan dalam Al-Quran.

Betapa hebatnya ayat-ayat Allah yang tak termampu untuk kita melihat hikmah disebalik ayat-ayatNya..Mungkin barangkali kita sudah rasa cukup dengan apa yang kita dapat drpd al-Quran, rupa-rupanya masih byk lg rahsia yang masih belum kita selongkar. Banyak lagi rahsia-rahsia Allah yang disebut dlm al-Quran tetapi masih belum mampu untuk kita ketemu. Hebat, mana ada manusia yang mampu mencipta laut yang sebahagian masin dan sebahagian lagi tawar, pd hal ianya bercantum sama sekali! Maha Suci Allah yang Maha Mengetahu Segala Rahsia.

Allahu Rabbuna

Thursday, 26 February 2009

HARAM MENIKAHI GADIS SATU KAMPUNG

BERITA GEMPAR!!!!!
HARAP-HARAP TENANGKAN PERASAAN SEBELUM MEMBACA LAPORAN
INI, BAGI YANG TELAH TERLANJUR... APA NAK BUAT!!!!

Haram menikahi gadis satu kampung JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi diantara para pemimpin JAKIM
danahli ulamak, memberikan fatwa pada tanggal 5 Feb 2009:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN
GADIS SEKAMPUNG"


Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan
bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra.
Bahkan banyak pihak yang menyatakan
bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tersebut
tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta
pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM
mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:


Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung?

Pegawai Kanan : Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang
wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung!!!..........


hehehehehe... sori aa..


الله ربَنا

KUCING, قط, Cat



Tahukah anda,

Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina!

Dan walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!

Justeru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!

Salah satu ciri yang dikawal oleh DNA kucing, adalah warna bulu kucing, dan ciri ini ditentukan oleh kromosom X. Secara umumnya, terdapat 3 jenis warna kucing yang dikawal oleh allel dalam kromosom X, iaitu warna cerah/oren (XO), warna gelap/perang (Xo). Allel adalah ciri-ciri yg disandarkan pada sepasang gene dalam kromosom.

Analoginya sebegini. Warna asal kucing adalah putih (tiada warna). XO adalah “cat” berwarna cerah(oren). Xo pula adalah “cat” berwarna gelap(hitam/perang). Maka campuran ketiga-tiga inilah yang menjadikan kucing mempunyai 3 warna!

Maka bagi kucing yang mempunyai 3 warna, atau turut dikenali sebagai “calico” @ “tortoiseshell cats”, kucing ini mempunyai kedua-dua jenis allel iaitu XO, Xo yang di-ekspressikan secara serentak. Untuk kucing mempunyai kedua-dua allel tersebut, kucing tersebut mestilah mempunyai dua kromosom X! Dan hanya kucing betina yang ada 2 kromosom X, iaitu XX!
Kucing Jantan 3 Warna?

Bagaimana pula dengan 0.03% kucing jantan yang berbulu 3 warna itu? Dari mana datangnya?

Seperti manusia, kucing juga mengalami satu masalah genetik yang dipanggil Kleinfelter’s Syndrome. Klinefelter Syndrome berlaku apabila kromosom yang menentukan jantina seseorang (seseekor?), yang sepatutnya berpasangan, menjadi tiga iaitu lebih satu kromosom X.

Seperti yang kita ketahui, kromosom jantina lelaki/jantan adalah XY. Manakala perempuan/betina pula, adalah XX. Tapi dalam Kleinfelter Syndrome, kromosom jantina yang dimiliki adalah XXY. Dari segi penampilan luaran, organisma XXY ini adalah lelaki/jantan (kerana kehadiran kromosom Y), tetapi adalah mandul (infertile)! Justeru, kucing jantan yang mempunyai 3 warna (kerana ada 2 kromosom X yang menentukan warna), pasti mengidap Klinefelter Syndrome dan justeru itu, mandul!

Bagaimana pula sekiranya anda mempunyai kucing jantan, 3 warna, tetapi “gagah perkasa kejantanannya”? Hehe.
Kucing Chimera?

Maka inilah kejadian tuhan yang sangat-sangat istimewa, iaitu dipanggil Chimera. Chimera adalah satu fenomena yang sangat-sangat jarang terjadi, iaitu 2 zygote disenyawakan secara serentak, malah bergabung menjadi satu embryo ketika proses pembentukan di dalam uterus ibu!

Fenomena 2 zygote disenyawakan serentak adalah relatifnya biasa. Contoh paling mudah, kembar tidak seiras. Kembar tidak seiras adalah terbentuk sekiranya dua ovum disenyawakan oleh 2 sperma, membentuk 2 zygote. Dua zygote ini mungkin mempunyai jantina yang sama ataupun berbeza, ciri-ciri yang sama ataupun berbeza.

Jadi, apa itu chimera? Bayangkan, 2 zygote kembar tidak seiras ini, mempunyai jantina yang sama, bergabung ketika proses tumbesaran dalam uterus, menjadi satu! Chimera tersangatlah jarang terjadi, hanya 40 kes yang pernah dilaporkan dan direkodkan sepanjang jangka hayat kehidupan umat manusia.

Begitulah juga dengan kucing chimera. Asalnya dari 2 zygote yang sama jantina tetapi berlainan warna, kemudiannya bergabung dan dilahirkan menjadi seekor kucing - jantan sejati tetapi 3 warna. SubhanAllah!

"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir". [13:3]



Kucing dan Islam!

Islam itu syumul (lengkap), hinggakan panduan untuk berinteraksi dengan haiwan pun ada! Ya, sungguhpun tidak dinyatakan dengan jelas di dalam alQuran, tetapi banyak sangat peristiwa-peristiwa di zaman Rasulullah S.A.W mengenai haiwan, yang menjadi panduan kepada kita. Bukankah baginda itu sebaik-baik role model? =)

Menyayangi haiwan, adalah sunnah Rasulullah. Islam sangat-sangat mengajar umatnya untuk mengasihani haiwan, terutamanya yang jinak seperti kucing. Namun, janganlah terlalu menyayangi haiwan sehingga mengatasi kasih sayang sesama manusia pula!

Kalau kita tengok, negara-negara maju seperti di kawasan Eropah mahupun di sebelah timur (Korea dan Jepun), keprihatinan terhadap haiwan amat dititikberatkan. Pusat-pusat pemeliharaan (adoption center), persatuan-persatuan membela nasib haiwan dan sebagainya ditubuhkan, dalam usaha memanifestasikan kasih sayang terhadap haiwan.

Barat mendakwa, seorang individu bernama Richard Martin adalah orang pertama di dunia yang membela haiwan, ketika dia menubuhkan Persatuan Anti-Kezaliman Haiwan pada tahun 1824. Tetapi mereka tidak tahu, jauh lebih lama dari itu, hampir 1500 tahun dahulu, Rasulullah telah terlebih dahulu mensyariatkan umat Islam untuk berlaku baik terhadap haiwan! Nak tahu kisahnya?

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, sesungguhnya Rasulullah pernah besabda:

Seorang pelacur dari Bani Israel diampun dosanya oleh Allah dan dimasuknya ke syurga kerana ia bersimpati dengan seekor anjing yang kehausan air, lalu ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya untuk diberi minum kepada anjing itu.

Subhanallah! Alangkah mulianya berbakti kepada haiwan, sehinggakan dosa yang begitu berat pun boleh diampunkan! Banyak aspek kita boleh lihat pada hadis ini. Pertamanya, wanita tersebut adalah pelaku dosa besar, iaitu berzina (pelacuran). Namun, bukan itu yang diambilkira, sebaliknya keikhlasan wanita tersebut. Wanita tersebut bersimpati dengan seekor anjing! Walaupun anjing merupakan binatang najis mughallazah, tetapi ia tidak bermaksud kita perlu memandang jijik terhadap binatang tersebut. Wanita tersebut tetap sudi membantu anjing tersebut! Itu keikhlasan yang pertama. Yang keduanya, “ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya”! Ini menunjukkan, betapa nekad wanita tersebut untuk membantu si anjing yang kehausan. Jelaslah keikhlasan dan ikhtiar yang dilakukan wanita ini, yang datang dari hati yang suci, itulah yang menjadi sebab kepada pengampunan dosa beliau.

Dalam sebuah hadis yang lain pula, diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

“Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”

Satu lagi kisah mengenai haiwan, iaitu kucing. Seorang wanita yang menzalimi kucing. Dia mengikat kucing tersebut, malah tidak memberi makan, dan tak bagi pula kucing tersebut cari makanan. Ini menunjukkan betapa keji dan kerasnya hati wanita ini. Dan neraka jualah tempat akhirnya.



Sampingan: Kalau kita tengok kedua-dua hadis ini, kedua-duanya menunjukkan subjek yang sama, iaitu perempuan. Ini menunjukkan yang wanita mempunyai emosi terhadap haiwan, sama ada menyayangi, mahupun membenci. Kerana sayang dan benci itu berasal dari emosi. Kalau lelaki, mungkin hati kering sedikit. Tapi dengan wanita, emosi boleh menjadi kunci untuk ke syurga, mahupun ke neraka! Justeru, jadilah wanita yang pandai mengawal emosi!

Maka kita boleh lihat sendiri, betapa besarnya kelebihan menyayangi haiwan! Rasulullah tidak menyuruh kita bela haiwan tersebut smpai gemuk beranak pinak dan sebagainya, tetapi cukuplah sekadar mengasihani dan tidak menzalimi mereka. =)

Sebelum saya akhiri artikel ini, mari kita lihat sebuah kisah yang berlaku di zaman Rasulullah, yang saya rasa sungguh sweet! =p

(kisah ini tidak dapat dipastikan kesahihannya, justeru sesiapa yang mengetahui kebenarannya sudilah kiranya memperbetulkannya)

Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).

Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.



Allahu Rabbuna

Wednesday, 18 February 2009

MY BIRTHDAY

Semalam merupakan hari lahir aku 17 Februari 2009...

Hm nampaknya aku dh 24 tahun dah tahun ni...alamak..Semakin lanjut usiaku, bermakna semakin pendek duniaku, semakin banyak dosa aku...Semakin dekat ajalku, semakin jauh perjalanan di akhirat nanti...

Apakah nasib aku nanti?? Ya Allah, matikan aku dalam Islam dan Iman...

Kepada sahabat2 yang mengunjungi blog aku ni, tolong doakan kesejahteraan aku, di dunia lebih2 lg akhirat kelak...mudah2an doa sahabat2 sekalian diterima, aku jugak doakan sahabat2 sekalian dirahmati dan diberkati dlm segala apa jua kerja yg anda lakukan (kerja yang baik2 je la)...

Sekian mari kita senyum sama2...alahai kiutnya...



Allahu Rabbuna

LawAK LaGi

"Pada suatu hari Doli dan rakan karibnya, Bayu, pergi mancing kat sungai.

Dalam bosan2 menunggu ikan, Doli berkata, Bayu: aku ada satu cerita

Bayu : cerita ape?
Doli : nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
Bayu : yela..

Doli pun memulakan ceritanya...

Doli :satu hari aku pergi memburu.
Bayu : memburu.
Doli : aku masuk kedalam hutan.
Bayu : hutan.
Doli : tiba2 aku rasa nak terberak.
Bayu : berak.
Doli : aku berlari ke semak.
Bayu :semak.
Doli : aku pun berak.
Bayu : berak.
Doli : satu hari aku pergi memburu lagi.
Bayu : lagi.
Doli : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
Bayu : dulu.
Doli : aku lihat tahi aku suda tak ada.
Bayu : ada.
Doli : aku pun tertanya2.
Bayu : tanya.
Doli : siapa makan tahi aku?
Bayu : aku...."

Hakahaak....