“AKU YANG GUNDAH”
Entah sebulan…entah lusa….entah esok….Entah saat itu akan menjelang tiba….
Bila? Di mana? Bagaimana keadaan matiku???Persoalan yang sukar dijawab…
Masa depan boleh diramal dengan usaha yang gigih….
Kejayaan boleh dicapai dengan tenaga dan kerja yang disumbangkan…
Wang ringgit boleh dikumpul dengan tangan yang selalunya tamak….
Demikianlah dunia yang sering memberi keseronokan….
Tapi dunia jugalah yang menipu aku….
Semasa dalam kandungan ibu aku berjanji….
Takkan melakukan kerosakan di muka bumi…
Tapi ternyata aku mungkiri janji yang aku lafazkan….
Manusia hipokritkah aku??
Aku sering melafazkan kata2 yang memikat hati….
Dengan kalimah dan susunan kata yang mengikat cinta…
Tapi hakikatnya lafaz itu hanya di lidah….
Bukan di hati aku….
Hati aku meronta inginkan buah keimanan…
Aku suapkan dengan madah bervisi sadis….
Aku menipu hati sendiri….
Hati aku menangis kerana tuannya si penipu….
Jiwa aku inginkan ketenangan….
Mengharapkan seribu satu pengharapan….
Tapi aku sendiri tidak menerimanya….
Aku berikan jiwaku hadiah kekejaman…
Aku harapkan cinta dan kasih manusia….
Inginkan ketulusan dan keikhlasan….
Tapi aku sendiri tidak menghargai…
Aku sendiri yang menipu mereka dengan lakonan Si Lebai Malang…
Aku inginkan teman di sisi….
Mereka hadir dengan penuh keikhlasan….
Aku sendiri yang mengkhianati mereka…
Dengan keegoan dan lagak sombong yang tinggi….
Aku mahukan sahabat….
Dia datang dengan penuh ketulusan….
Aku berikan dia racun musnahkan hati….
Hatinya terguris kerana aku….
Aku mengharapkan cintaMU Ya Rabb
Jangan biarkan aku bersendirian….
Kau hadirlah ubat hatiku yang berdarah…
Pedihnya….sakitnya….Engkau saja yang tahu…
Jangan tinggalkan aku Tuhan…
Jangan biarkan aku terkapai mencari pengharapan….
KeampunanMU kudambakan….
Terimalah taubatku….
Sesungguhnya aku ini hamba yang zalim….
Allahu Rabbuna
3 comments:
hai.salam.kwn lame ku..aku pun tak tau mcm mane nak bg tau ko yg aku dah dtg menjenguk ko kat blog ni.jadi aku tinggl kan je msj kat cni.doakan aku ok...
tq la tawakkilboy ingat lg kt aku yg smakin tua ni
lame menyepi..mane aku ade je..tawakkil mesti menyibuk nk ade gak..geramnye..hehe
Post a Comment