Aku menumpang di rumah student2 Malaysia yg blajar di Mafraq, Jordan. Selama beberapa hari di Mafraq, byk pengalaman manis yg susah nk dilupakan. Sahabat2 di sini baik2 belaka. Hampir setiap hari aku dan Jarir dibelanja makan. Sahabat2 kt sini baik2, seronok dpt kenal dgn diorang..Barakallahu fikum..
Aku sempat ke tempat berlakunya perang Mu'tah pd zaman baginda SAW..Dikatakan bahawa tangan Jaafar al-Tayyar masih tertanam di kawasan ni..Allahu a'lam..Rasa sayu bila terkenangkan peristiwa perang pd zaman baginda..Susahnya nak tegakkan Islam di muka bumi...dengan kesusahan yg dialami baginda dan umat terdahulu, hasilnya kita dapat rasa betapa indahnya Islam yg kita rasa pd hari ni..
Berhampiran Mu'tah, terdapat makam Nabi Nuh di Karak. Malangnya aku dpt bergambar di luar makam je sbb pintu makam dikunci..makam Nabi Nuh ni atas bukit, dr atas bukit ni boleh nmpak kesan kapal yg dibina oleh baginda, tp kesohihannya Allah shj yg tau..
Dekat dgn makam Nabi Nuh, berdiri teguh Qal'ah (empayar) Salahuddin al-Ayyubi. Gmbar di belakang aku ni sebahagian drpd Qal'ah, dlmnya luas, senibinanya utuh, kawasannya strategi, boleh nampak keseluruhan kawasan darat..Ianya cukup membantu tentera2 Islam untuk menentang musuh..
Selepas melihat Qal'ah Salahuddin, aku dan rakan2 ke Amman, di sana terdapat gua Ashabulkahfi..Gua ni yg dikatakan paling shahih berdasarkan hadith Nabi yg mengatakan matahari tenggelam dan terbit boleh dilihat dr gua ini. Ada yg mengatakan gua Ashabulkahfi di tempat lain tetapi majoriti bersependapat bahawa gua di Amman Jordan ni yg paling shahih..
Sebelum terlupa, semasa di Mu'tah, aku sempat singgah Jamiah Mu'tah, Jordan..Ramai student2 Malaysia yg belajar kt sini..sempat gk jumpa dgn rakan2 Malaysia kt sini...
Tanggal 9 May 2008, aku berpeluang utk menjejak langkah ke Petra, tempat yg telah diiktiraf sebagai salah satu drpd tujuh benda yg ajaib di dunia..Tempatnya cukup luas, penat menapak kaki..aku tak sempat nk pusing habis kt Petra. Tp apa yg aku dpt simpulkan Petra ni merupakan peninggalan kota zaman kaum Thamud, tp dlm sejarah dunia mengatakan Petra @ Red Rose City ni adalah peninggalan kaum Nabataen pd zaman Benzatyne. Tp aku percaya yg Petra ni adalah peninggalan kaum Thamud, selepas pupusnya kaum Thamud, kaum Nabataen pula menetap di Petra ni..Wallahu a'lam..
Kemuncak Petra...lihatlah senibina di belakang kami, kalau sesiapa yg melihat dgn mata sendiri tentu taajub dgn senibina kaum2 dulu, lebih kukuh dan kemas..di Petra terdapat byk senibina2 yg hebat, bangunan mahkamah, senibina penempatan kaum2 dahulu dan byk lagi.
Sempat menunggang unta, kali pertama naik unta, boleh tahan..time nk turun & nk naik rase gayat sket..pusing setempat 2kali kena byr 2 dinar Jordan (RM10)
Sempat berkelah di laut mati..Subhanallah, mmg ajaib sgt..boleh terapung, walaupun ke tengah laut, tak payah risau tenggelam la..Mmg pekat garam air laut ni..Di laut inilah berlakunya peristiwa yg telah disebut dlm al-Quran, kaum Nabi Lut telah ditenggelamkan, bumi diterbalikkan, mereka mati dlm keadaan yg mengerikan disebabkan keingkaran mereka terhadap perintah Allah...
Dinamakan Laut Mati kerana dipercayai tiada hidupan walaupun terdapat mikro organisma di dalamnya. Kemasinan airnya adalah lima kali ganda kemasinan air laut biasa ini menyebabkan mustahil bagi perenang tengelam di dalamnya.Dengan kemasinan ini laut ini menjadi laut termasin dan terendah ( 1,302 kaki) dari paras laut di dunia. Dengan panjang 79 km, lebar 16 km serta kedalaman 400 meter di bahagian utara dan cetek di bahagian selatan. Terletak di Great Rift Valley di mana punca airnya daripada sungai Jordan.
"Ya Allah Rabbul Jalal, aku merayu dan merintih kepadaMu..Hamba yg dhaif ini memohon ampun atas dosa2ku selama ini..Siapalah aku di sisiMu wahai Sang Khaliq!! Aku selalu tersungkur di kala diri ini sombong dan biadap kepadaMu ya Rahman!! Kau lindungilah diri ini dr najis noda dosa yg selalu menghancurkan kehidupan yg hakiki..Janganlah Engkau matikan aku sebagaimana matinya Kaum2 terdahulu yg ingkar akan perintahMu...Sesungguhnya Engkaulah yg Maha Pengampun, Maha Mendengar dan selalu perkenankan doa hamba2Mu yg mendambakan cintaMu..."
baru lepas makan ayam ala kfc, apa kata pekena plak hot vienna choc...pergh, manis giler, pak arab ni buh gula seguni, dia ingat kitorang ni raksasa gula ke??
kt Restoran, lunch makan roti dgn kambing biri2 panggang...sdap gk la, takde plak bau kambing, lembut..mcm ni okla gk, bole gk prut melayu terima.hehe..
lepas makan kambing, g minum shumam plak (honey dew+halib@susu)..boleh tahan gk..nyum nyum..tgh menunggu shumam siap..Jazakumallah kt Mustakim(kiri skali) & Fadhli (no 3 dr kiri) sbb byk habis duit blanja aku, Jarir dan Mad (kanan)..Diorang blajar kt sini, tp baik sgt blanja kitorang mcm2, semoga Allah murahkan rezki diorang amiin...sayang plak nk tinggalkan bumi jordan ni..
kenangan bersama Peter dr Slovakia..Kenal time on the way ke Jordan.Dia belajar di Maahad Lughah Syria, baru bljr 3bulan dgn takde basic langsung tp aku respect dia sbb dia boleh berutur dlm Arab..walaupun berterabur tp dh cukup baik bg dia yg takde basic, pegawai2 imigresen kt Boarder Jordan& Syria pun tabik kt dia..Dia peramah..seronok berborak dgn dia..
mcm nila rupa Jordan, spanjang jalan tgk padang pasir jela..tp bg kitorang yg tak biasa tgk rase ajib gk!
1st time smpai Jordan, kitorang dibelanja oleh rakan yg blajar di Jordan..Student2 Malaysia di Jordan ihtiram tetamu mcm kitorang ni...Seronok berkawan dgn diorang...Barakallahu fikum..
Bundle kt Zarqa'..kt Jordan ni bundle dia hebat2, barang ori2 blaka..akupun amik ksempatanla dah ada pluang mcm ni...kt Malaysia tak dapat la..
bus station Zarqa' Jordan
bus station Zarqa' Jordan
1 comment:
bila berjalan menyusuri sejrah-sejrah islam..byk yg akan mengajar kite kehidupan..kita melihat manusia ni sebenarnye mempunyai pelbagai ragam..itulah dikatakan kuasa Yg Maha Berkuasa..selain dr manusia..tinggalan sejrah yg dahulunya yg byk membuatkan kite berfikir sjenak..yg sebenarnye..jika di ikutkan,manusia dahulu lebih hebat dr manusia sekrang..walaupun teknologi mereka tidak secanggih sekarang,namun kehebatan mereka dlm membina sesuatu amat luar biasa yg tidak mejangkaui pemikiran..bg saya,mereka itu hebat,manusia sekarang hnya bergantung kepada teknologi dan kemodenan yang semakin pesat,dan mengakui itulah kehebatan mereka dan setiap dr mereka itu lebih inginkan kepda "gah" iaitu sumbangan yg ingin dibanggakan oleh org terhadap dirinya,bukanye sumbangan mereka itu ikhlas semata2..jd..fikirkanlah sendiri....
Post a Comment